29 September 2008

Sejarah Sekolah


Pada asalnya sekolah yang beroperasi mulai 1 Januari 1983 setahun lebih awal daripada perancangan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Jalan Batu Pahat (SMR) menerima banyak bantuan dan bimbingan dari Sekolah Tinggi Kluang sehinggalah diisytiharkan beroperasi sendiri mulai 1984.


Bermula dengan 993 orang pelajar dan 38 orang guru, sekolah ini telah mengorak langkah dengan hanya menempatkan pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1, sesuai dengan namanya Sekolah Menengah Rendah Jalan Batu Pahat. Pada awal kelahirannya, sekolah ini banyak menerima tunjuk ajar daripada Pengetua Sekolah Tinggi ketika itu Tuan Haji Kasmuri bin Sadiman.


Pada tahun 1986, sekolah ini telah diberikan nafas baru apabila namanya ditukar kepada nama khusus sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Batu Pahat (SMKJBP) selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan ketika itu untuk menamakan semua sekolah menengah di negara ini sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan.


Masa terus berlalu, perkembangan sekolah semakin menyerlah. Hasrat ahli-ahli PIBG yang inginkan pembaharuan dan perubahan sempena alaf baru tercetus. Mereka bermuafakat dan bersatu hati dengan pihak sekolah untuk menukar nama sekolah ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG pada 12 Januari 2001. Pada 30 Ogos 2001, hasrat tersebut telah disampaikan kepada YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein untuk memohon restunya bagi menggunakan nama bapa beliau. Akhirnya hasrat murni ini telah dipersetujui melalui surat rasmi bertarikh 2 April 2002. Kemudiannya Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memanjangkan pemohonan ini kepada kementerian pada 24 Disember 2002 dan akhirnya pada 13 Oktober 2003 permohonan tersebut diluluskan. Mulai 1 Januari 2004 nama sekolah sekali lagi bertukar kepada nama SMK Tun Hussein Onn (SMKTHO), Jalan Batu Pahat, Kluang.


Dari segi Perkembangan Akademik, sekolah ini telah memulakan kelas Rancangan Khas Agama pada tahun 1997. Kemudian Kelas Tingkatan 6 telah dibuka pada tahun 2002. Pada tahun yang sama sekolah ini telah dijadikan sebagai Pusat Sukan Negeri Johor.


2 comments:

maslizan said...

Salam ..
Sejarah sekolah ni kurang tepat. Saya adalah batch 1987 hingga 1989.. Sekolah ni masih mengekalkan nama SMR Jln Batu Pahat sehingga tahun 90an dan pelajarnya adalah dari kelas peralihan sehingga Tingkatan 3 sahaja.. Harap pihak berkaitan lebih peka dengan asal usul sekolah ni..

terima kasih

Unknown said...

Nama asal sekolah ni adalah SMR Jalan Jaya sebelum ditukar kpd SMR Jalan Batu Pahat. Ditukar dpd SMR kpd SMK pd tahun 1994 atau 1995. Boleh check balik dgn ppd.