Hari kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat besar dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti sama ada berbentuk pertandingan seperti bilik patriotik, melukis poster, kempen kibar jalur gemilang dan seumpamanya untuk memberi peluang kepada seluruh warga sekolah melibatkan diri dalam aktiviti kemerdekaan seterusnya memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.
Kemuncak sambutan bulan kemederkaan di peringkat sekolahialah sambutan ambang kemerdekaan di asrama.Para pelajar mengadakan persembahan sambil menunggu detik 12.00 tengah malam untuk melaung teriakan kemederkaan.
Pihak sekolah juga menyertai pertandingan hiasan bangunan dan landskap. Semua warga sekolah menggembleng tenaga menghias bangunan sekolah dengan bendera dan lampu berwarna-warni.Berkat kerjasama pelajardan guru , pihak sekolah telah menggondol naib johan tahun 2004 dan johan tahun 2005 dan 2006.
Ini adalah blog rasmi SMK Tun Hussein Onn, Kluang. Para pelajar, guru-guru dan staf SMK Tun Hussein Onn dialu-alukan untuk melawati blog ini. Warga SMKTHO boleh mengemukan sebarang cadangan atau komen yang bernas menerusi blog ini. Penglibatan warga SMKTHO dalam blog amatlah dialu-alukan. Menerusi blog ini juga, orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang SMKTHO. Bermula dari sejarah awal SMKTHO diikuti dengan kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi warga SMKTHO. Menerusi blog ini juga warga SMKTHO khususnya dan orang ramai umumnya dapat mengetahui berita - berita terkini SMKTHO dan aktiviti-aktiviti serta program-program yang telah berlangsung, sedang berlangsung mahupun akan berlangsung. Di harap para pengunjung blog ini mendapat informasi yang berguna dan kami dengan rasa sukacita ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelawat blog ini.
No comments:
Post a Comment