21 October 2008

PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SUKAN NEGERI BERASRAMA PENUH

Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 18 Julai 2008, telah memutuskan bahawa Sekolah Sukan Negeri akan beroperasi sepenuhnya mulai 2009 dengan pengambilan 100 orang pelajar Tingkatan 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein telah dipilih sebagai Sekolah Sukan Negeri Johor. Mulai tahun 2009 sekolah ini tidak lagi menerima pelajar Tingkatan 1 aliran biasa dan kelas aliran agama. Walaubagaimanapun kelas KAA tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan diteruskan sehingga 2012.

MESYUARAT BAJET SUKAN 2009


Mesyuarat Bajet Sukan Negeri Johor 2009 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK THO pada 8 Oktober 2008. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Markom Bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNJ yang baru En. Abdul Aziz Bin Redwan.

12 October 2008

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR, SPM DAN STPM BAGI SEMUA CALON SMKTHO 2008