Hari kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat besar dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti sama ada berbentuk pertandingan seperti bilik patriotik, melukis poster, kempen kibar jalur gemilang dan seumpamanya untuk memberi peluang kepada seluruh warga sekolah melibatkan diri dalam aktiviti kemerdekaan seterusnya memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.
Kemuncak sambutan bulan kemederkaan di peringkat sekolahialah sambutan ambang kemerdekaan di asrama.Para pelajar mengadakan persembahan sambil menunggu detik 12.00 tengah malam untuk melaung teriakan kemederkaan.
Pihak sekolah juga menyertai pertandingan hiasan bangunan dan landskap. Semua warga sekolah menggembleng tenaga menghias bangunan sekolah dengan bendera dan lampu berwarna-warni.Berkat kerjasama pelajardan guru , pihak sekolah telah menggondol naib johan tahun 2004 dan johan tahun 2005 dan 2006.
1.3 blok bangunan 3 tingkat (Blok A,B & C) siap dibinapada tahun 1983
Blok Arif
Blok bangunan inimenempatkan kemudahan makmal sains, studio pendidikan seni visual, galeri seni, kelas pembelajaran dan stor pekerja.
2.Asrama Pusat telah siap dibina pada tahun 1990
Asrama ini dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan juga pelajar-pelajar yang memasuki kelas aliran agama (KAA).
Asrama ini mengandungi 2 blok bangunan yang menempatkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki.
3.Kemudahan Gelanggang serba gunapada tahun 1990
Gelanggang serbaguna ini mempunyai 2 gelanggang
a.Gelanggang Bola keranjang
b.Gelanggang hoki 7 sebelah
4.Kemudahan astaka sekolah
Astaka ini menyediakan 500 tempat duduk untuk pelajar menyaksikan acara sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Astaka ini juga telah digunakan oleh MSSD untuk kejohanan sukan daerah sebelum Stadium Kluang di bina.
5.Kemudahan bilik kebal untuk pihak PPD Kluang menyimpan kertassoalan dan peralatan peperiksaan.
Kemudahan bilik kebal ini adalah untuk para pengawas menyimpan kertas soalan dan juga peralatan peperiksaan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan yangmelibatkanpendidikan.
6.Kemudahan bangunan tambahan 3 tingkat bersambung dengan blok Cemerlang.
Bangunan tambahan ini dibina dibawah rancangan Kementerian Pelajaran untuk menampung bilangan kelas pembelajaran, makmal sains dan juga kelas Pendidikan Khas.
7.Kemudahan Surau sekolah
Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan surau untuk para pelajar islamdan juga pelajar asrama pusat untuk menunaikan solat. Pembiayaan surau ini melalui sumbangan PIBG dan juga derma pihak luar yang sudi menyumbangkan derma tersebut.
8.Kemudahan Bilik Gimnasium Negeri
Bilik gymnasium ini dilengkapi dengan peralatan gym yang dapat memberi kemudahan kepada para pelajar bersukan.
9.Kemudahan Bangunan 4 tingkat menggantikan bangunan blok Ikhlas
Bangunan 4 tingkat mengandungi 2 blok yang bersambung memanjang. Blok Dedikasi disebelah hadapan dan blok Efisien disebelah belakang. Bangunan inimenyediakan kemudahan makmal sains,bilik mesyuarat guru,bilik guru, bilik sumber,perpustakaan,bilik peperiksaan,studio muzik dan kelas pembelajaran.
10.Pondok Pengawal
Pondok pengawal dibina untuk menjaga keselamatan pelajar dari ganguan luarketika sesi pembelajaran. Pondok pengawal ini juga berfungsi mengawalkemasukan orang luar yang tidak mempunyai apa-apa uruasan rasmi denganpihak sekolah.
11.Kemudahan Pejalan Kaki & laluan berbumbung
Kemudahan pejalan kaki telah dibina di pintu masuk utama sekolah untuk melindungi pelajar dari panas dan hujan ketika keluar masuk sekolah sewaktu hari sekolah.
12.Pembinaan Tembok Pintu Masuk Utama Sekolah
13.Menurap Tar di Dataran Gemilangan
Kemudahan iniadalah untuk latihan kawat kaki bagi unit berunifom dan juga pertandingan kawat kaki peringkat daerah.
14.Kemudahan Trek Tartan
Kemudahan trek tartan ini telah dibina dengan kos RM200.000 dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya adalah untuk larian landas lompat jauh,merejam lembing dan gelanggang melontar peluru.
15.Kemudahan Bangunan Simulator Bowling
Kemudahan ini telah dibiayai oleh bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya bangunan ini pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran dan seterusnya mencapai kejayaan besar dalam sukan bowling.
16.Kemudahan 2 bilik komputer yang baru
Kemudahan bilik komputer ini telah dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan 20 komponen komputer adalah dari DRB-HICOM. Bilik ini menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan penggunaan multimedia.
17.Kemudahan Kompleks Sukan Berbumbung
Kompleks sukan ini dapat memberi kemudahan kepada skuad bolakeranjang,bola jaring,sepak takraw,badminton dan pasukan kawat kaki unit berunifom untuk menjalankan latihan terutama ketika hari hujan.
18.Kemudahan Bangunan 2 bilik persalinan PJK.
Kemudahan ini disediakn untuk memeudahkan para pelajar menukar pakaian sebelum dan selepas waktu pjk.
19.Kemudahan perpustakaan yang baru
Memberi kemudahan yang terbaik dan selesa untuk pelajar mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan.
20.Menaik taraf Bilik Sumber
Menyediakan bahan-bahan rujukan/alat bantu mengajar kepadaguru.
21.Pembinaan Tangga Utama (Anjung Wawasan)
Perkembangan SMKTHO sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum semakin menyerlah.Hasrat wargaSMKTHO yang menginginkan pembaharuan sejajar dengan alaf baru telah mencetuskan idea untuk membina mercu tanda bagi sekolah ini.Hasilnya terbinalah“Anjung Wawasan”iaitu gabungan tangga dan anjungseriyang membawa imej baru kepada keperkasaan sekolah ini sama di arena kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
“Anjung Wawasan” SMKTHO yang siap dibina pada tahun 2006 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan Puan Normah Bt Jantan.Anjung ini merupakan simbol kepada kekuatan, keteguhan dan kesepaduan yang erat antara pihak sekolah dan PIBG.Menerusi dana daripada PIBG, anjung yang utuh dan teguh telah berjaya dibina.Sungguhpun dalam kecanggihandan pemodenan binaan, reka bentuk anjungini masih kekal dengan ciri-ciriseni bina tradisional.
Seni binanya yang unik memberikan gambaran dan memaparkan bahawa warga SMKTHO tidak pernah melupakan warisan budaya serta adat resam masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.Kerjasama dan perpaduan yang erat ini turut menyumbang kepada kejayaan yang besar bagi meletakkan SMKTHO di persada ilmu bertaraf dunia. Malah “Anjung Wawasan” yang telah memartabatkan SMKTHO dan memberi imej yang positif kepada warganya mahupun masyarakat luar.
22.MenaiktarafbilikSPBT
Melancarkan lagi proses pengagihan buku teks kepada para pelajar.
23.Galeri Sekolah
Memyimpan segala bahan-bahan koleksi dan sejarah sekolah.
24.Galeri Seni
Mempamerkan hasil karya pelajar untuk rujukan pelajar-pelajar yang lain terutama dala melaksanakan kerja kursus SPM dan STPM.
25.Kemudahan Bangunan sains pertanian.
Memberi kemudahan kepada para pelajar menjalankan aktivitimenyemai danmenanam pokok.
Ini adalah blog rasmi SMK Tun Hussein Onn, Kluang. Para pelajar, guru-guru dan staf SMK Tun Hussein Onn dialu-alukan untuk melawati blog ini. Warga SMKTHO boleh mengemukan sebarang cadangan atau komen yang bernas menerusi blog ini. Penglibatan warga SMKTHO dalam blog amatlah dialu-alukan. Menerusi blog ini juga, orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang SMKTHO. Bermula dari sejarah awal SMKTHO diikuti dengan kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi warga SMKTHO. Menerusi blog ini juga warga SMKTHO khususnya dan orang ramai umumnya dapat mengetahui berita - berita terkini SMKTHO dan aktiviti-aktiviti serta program-program yang telah berlangsung, sedang berlangsung mahupun akan berlangsung. Di harap para pengunjung blog ini mendapat informasi yang berguna dan kami dengan rasa sukacita ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelawat blog ini.