29 September 2008

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-50


Hari kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat besar dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti sama ada berbentuk pertandingan seperti bilik patriotik, melukis poster, kempen kibar jalur gemilang dan seumpamanya untuk memberi peluang kepada seluruh warga sekolah melibatkan diri dalam aktiviti kemerdekaan seterusnya memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Kemuncak sambutan bulan kemederkaan di peringkat sekolah ialah sambutan ambang kemerdekaan di asrama. Para pelajar mengadakan persembahan sambil menunggu detik 12.00 tengah malam untuk melaung teriakan kemederkaan.

Pihak sekolah juga menyertai pertandingan hiasan bangunan dan landskap. Semua warga sekolah menggembleng tenaga menghias bangunan sekolah dengan bendera dan lampu berwarna-warni. Berkat kerjasama pelajar dan guru , pihak sekolah telah menggondol naib johan tahun 2004 dan johan tahun 2005 dan 2006.



Kemudahan

1. 3 blok bangunan 3 tingkat (Blok A,B & C) siap dibina pada tahun 1983


Blok Arif


Blok bangunan ini menempatkan kemudahan makmal sains, studio pendidikan seni visual, galeri seni, kelas pembelajaran dan stor pekerja.



2. Asrama Pusat telah siap dibina pada tahun 1990


Asrama ini dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan juga pelajar-pelajar yang memasuki kelas aliran agama (KAA).

Asrama ini mengandungi 2 blok bangunan yang menempatkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki.



3. Kemudahan Gelanggang serba guna pada tahun 1990


Gelanggang serbaguna ini mempunyai 2 gelanggang


a. Gelanggang Bola keranjang

b. Gelanggang hoki 7 sebelah



4. Kemudahan astaka sekolah


Astaka ini menyediakan 500 tempat duduk untuk pelajar menyaksikan acara sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Astaka ini juga telah digunakan oleh MSSD untuk kejohanan sukan daerah sebelum Stadium Kluang di bina.



5. Kemudahan bilik kebal untuk pihak PPD Kluang menyimpan kertas soalan dan peralatan peperiksaan.


Kemudahan bilik kebal ini adalah untuk para pengawas menyimpan kertas soalan dan juga peralatan peperiksaan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan yang melibatkan pendidikan.



6. Kemudahan bangunan tambahan 3 tingkat bersambung dengan blok Cemerlang.


Bangunan tambahan ini dibina dibawah rancangan Kementerian Pelajaran untuk menampung bilangan kelas pembelajaran, makmal sains dan juga kelas Pendidikan Khas.



7. Kemudahan Surau sekolah


Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan surau untuk para pelajar islam dan juga pelajar asrama pusat untuk menunaikan solat. Pembiayaan surau ini melalui sumbangan PIBG dan juga derma pihak luar yang sudi menyumbangkan derma tersebut.



8. Kemudahan Bilik Gimnasium Negeri


Bilik gymnasium ini dilengkapi dengan peralatan gym yang dapat memberi kemudahan kepada para pelajar bersukan.



9. Kemudahan Bangunan 4 tingkat menggantikan bangunan blok Ikhlas


Bangunan 4 tingkat mengandungi 2 blok yang bersambung memanjang. Blok Dedikasi disebelah hadapan dan blok Efisien disebelah belakang. Bangunan ini menyediakan kemudahan makmal sains,bilik mesyuarat guru,bilik guru, bilik sumber,perpustakaan,bilik peperiksaan,studio muzik dan kelas pembelajaran.



10. Pondok Pengawal


Pondok pengawal dibina untuk menjaga keselamatan pelajar dari ganguan luar ketika sesi pembelajaran. Pondok pengawal ini juga berfungsi mengawal kemasukan orang luar yang tidak mempunyai apa-apa uruasan rasmi dengan pihak sekolah.



11. Kemudahan Pejalan Kaki & laluan berbumbung


Kemudahan pejalan kaki telah dibina di pintu masuk utama sekolah untuk melindungi pelajar dari panas dan hujan ketika keluar masuk sekolah sewaktu hari sekolah.



12. Pembinaan Tembok Pintu Masuk Utama Sekolah



13. Menurap Tar di Dataran Gemilangan


Kemudahan ini adalah untuk latihan kawat kaki bagi unit berunifom dan juga pertandingan kawat kaki peringkat daerah.



14. Kemudahan Trek Tartan


Kemudahan trek tartan ini telah dibina dengan kos RM200.000 dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya adalah untuk larian landas lompat jauh,merejam lembing dan gelanggang melontar peluru.



15. Kemudahan Bangunan Simulator Bowling


Kemudahan ini telah dibiayai oleh bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya bangunan ini pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran dan seterusnya mencapai kejayaan besar dalam sukan bowling.



16. Kemudahan 2 bilik komputer yang baru


Kemudahan bilik komputer ini telah dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan 20 komponen komputer adalah dari DRB-HICOM. Bilik ini menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan penggunaan multimedia.



17. Kemudahan Kompleks Sukan Berbumbung


Kompleks sukan ini dapat memberi kemudahan kepada skuad bola keranjang,bola jaring,sepak takraw,badminton dan pasukan kawat kaki unit berunifom untuk menjalankan latihan terutama ketika hari hujan.



18. Kemudahan Bangunan 2 bilik persalinan PJK.


Kemudahan ini disediakn untuk memeudahkan para pelajar menukar pakaian sebelum dan selepas waktu pjk.



19. Kemudahan perpustakaan yang baru


Memberi kemudahan yang terbaik dan selesa untuk pelajar mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan.



20. Menaik taraf Bilik Sumber


Menyediakan bahan-bahan rujukan/alat bantu mengajar kepada guru.



21. Pembinaan Tangga Utama (Anjung Wawasan)


Perkembangan SMKTHO sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum semakin menyerlah. Hasrat warga SMKTHO yang menginginkan pembaharuan sejajar dengan alaf baru telah mencetuskan idea untuk membina mercu tanda bagi sekolah ini. Hasilnya terbinalah “Anjung Wawasan” iaitu gabungan tangga dan anjung seri yang membawa imej baru kepada keperkasaan sekolah ini sama di arena kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

“Anjung Wawasan” SMKTHO yang siap dibina pada tahun 2006 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan Puan Normah Bt Jantan. Anjung ini merupakan simbol kepada kekuatan, keteguhan dan kesepaduan yang erat antara pihak sekolah dan PIBG. Menerusi dana daripada PIBG, anjung yang utuh dan teguh telah berjaya dibina. Sungguhpun dalam kecanggihan dan pemodenan binaan, reka bentuk anjung ini masih kekal dengan ciri-ciri seni bina tradisional.

Seni binanya yang unik memberikan gambaran dan memaparkan bahawa warga SMKTHO tidak pernah melupakan warisan budaya serta adat resam masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kerjasama dan perpaduan yang erat ini turut menyumbang kepada kejayaan yang besar bagi meletakkan SMKTHO di persada ilmu bertaraf dunia. Malah “Anjung Wawasan” yang telah memartabatkan SMKTHO dan memberi imej yang positif kepada warganya mahupun masyarakat luar.



22. Menaiktaraf bilik SPBT


Melancarkan lagi proses pengagihan buku teks kepada para pelajar.



23. Galeri Sekolah


Memyimpan segala bahan-bahan koleksi dan sejarah sekolah.



24. Galeri Seni


Mempamerkan hasil karya pelajar untuk rujukan pelajar-pelajar yang lain terutama dala melaksanakan kerja kursus SPM dan STPM.



25. Kemudahan Bangunan sains pertanian.


Memberi kemudahan kepada para pelajar menjalankan aktiviti menyemai dan menanam pokok.



26. Menaiktaraf Stor Sukan



27. Menaiktaraf Bilik Guru